LAGU 1 "GAJAH 2"
APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,
SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.
LAGU 2 "AWAN"
AWAN BERGERAK, GERAK,
PUTIH SEPERTI KAPAS,
RUPA CANTIK BERCORAK,
BERGERAK DENGAN BEBAS
LAGU 3 "KERETA KECIL"
BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,
PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.
LAGU14 "ULAT GONGGOK"
DATANGLAH ULAT GONGGOK,
JALAN BERLENGGANG LENGGOK,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA,
LOMPATLAH, LOMPATLAH,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.
LAGU 5 "GAJAH 3"
BELALAI GAJAH PANJANG,
BADAN HITAM BESAR,
KAKI MACAM TIANG,
DUA TELINGA LEBAR,
TELINGA MACAM KIPAS,
JALAN BONGKOK-BONGKOK,
GAJAH TIDAK MALAS,
KUAT TOLAK POKOK.
LAGU 6 "BINTANG KECIL"
BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI,
AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA,
AKU INGIN TERBANG DAN MENARI,
JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.
LAGU 7 "BILA KITA BERKUMPUL"
BILA KITA BERKUMPUL,
BERKUMPUL, BERKUMPUL,
BILA KITA BERKUMPUL,
RASA GEMBIRA,
KAWAN KU, KAWAN MU,
KAWAN MU, KAWAN KU,
BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.
LAGU 8 LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
LAGU 9 BANGAU OH BANGAU
BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAM MANE AKU TAK KURUS
RUMPUT PANJANG SANGAT (2x)
RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA PANJANG SANGAT
MACAM MANE AKU TAK PANJANG
KERBAU TAK MAKAN AKU.....KERBAU OH KERBAU
KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAM MANE AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT (2X)
PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAM MANA AKU TAK SAKIT
KAYU API BASAH(2X)
KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAM NAMA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA KAYU (2X)
HUJAN OH HUJAN
KENAPA ENGKAU TIMPA KAYU
MACAM MANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU (2X)
KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAM MANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU (2X)
ULAR 0H ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAM MANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU..(2x)
LAGU 10 BURUNG KAKAK TUA
burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sudah tua
giginya tinggal dua
lecum.. lecum....lecum ulala....
lecum.. lecum....lecum ulala....lecum..
lecum....lecum ulala....
giginya tinggai 2
FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH
KURIKULUM
Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-laluan’. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.
Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah
atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi.
Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan
dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983).
Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ‘tak rasmi’ atau ‘terlindung’ atau
‘tak formal’. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia
merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari
peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk
oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman
guru dan murid.
Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi
ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara
penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina
sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.
FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH
Ilmu dan kandungan kurikulum1. • Kemahiran guru2. • Premis3. • Sumber4. • Murid5. • Kurikulum berpusat6. •
Faktor 1: Ilmu dan kandungan kurikukulum
Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu:
– Komponen Bahasa dan Komunikasi Merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanakkanak di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.
– Komponen Perkembangan Kognitif Kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi
mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu
menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanakkanak
di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep
dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan
perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal.
– Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral Menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat
penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang
kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,
berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
– Komponen Perkembangan Sosioemosi
Kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan
moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya
diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.
– Komponen Perkembangan Fizikal Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan
yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada
peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur
dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi
pergerakan motor halus dan motor kasar.
– Komponen Kreativiti Dan Estetika Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya. Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang
berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut
tahap perkembangan murid itu sendiri.
Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,bina sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.
Faktor 2: Kemahiran guru
Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan prasekolah. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.
Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.
Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini.
Antara kemahiran-kemahiran guru prasekolah yang perlu adalah seperti
- Kemahiran berinteraksi - Kemahiran merancang - Kemahiran intelek - Kemahiran sebagai pembimbing - Kemahiran sebagai pentadbir - Kemahiran kreatif - Kemahiran menilai - Kemahiran mengenal diri sendiri - Kemahiran membuat keputusan
Tujuan kemahiran perlu ada pada guru prasekolah
- Suasana yang ceria juga mendorong minat belajar. - Matlamat pengajaran dapat dicapai. - Untuk meningkatkan keyakinan diri murid. - Bahan bantu belajar yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan kognitif. - Memberi peluang kepada P&P di luar dan di dalam bilik darjah
- Pembelajaran yang berkesan dari pelbagai aspek JERIS
- menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku, disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
Faktor 3: Premis
Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah
selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis
seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka. Premis perlulah mempunyai 3 bahagian iaitu; Luar bangunan• Dalam bangunan, dan• Lanskap.•
Ciri-ciri premis prasekolah yang kondusif
Saiz• ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah •Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana laluan
trafik selesa dan memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanakkanak,
kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya.
Plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang• tidak boleh dicapai
oleh kanak-kanak dan selamat.
Dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid• dengan
kreatif. Pemilihan warna dinding sesuai dengan konsep kanak-kanak.
Tingkap dan pintu;•
(i) Membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca)
(ii) Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk
penghalang
(iii) Pintu ruang ke dapur hendaklah ada penghadang pintu dan
sentiasa diawasi. Faktor 4: Sumber
Maklumat atau bahan yang digunakan mempunyai daya penarik bagi menarik minat pelajar. Sumber yang asli dan tidak diubahsuai. Sumber yang tepat dan benar serta boleh diterima secara logik oleh murid
Faktor 5: Murid / kanak-kanak
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.
Kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat ingin tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat. Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan guru,
pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.
Faktor-faktor murid
- Perkembangan kognitif dan intelektual - Emosi - Bahasa - Sifat kanak-kanak - Fizikal - Sosial - Taraf ekonomi - Minat kanak-kanak
Cara murid melaksanakan kurikulum prasekolah
- Memberi perhatian yang sepenuhnya semasa di kelas. - Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal. - Emosi yang stabil semasa P&P berjalan. - Minat , pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri murid
Faktor 6: Kurikulum Berpusat
JENIS KURIKULUM BERPUSAT
- kurikulum berpusatkan murid - kurikulum berpusatkan guru - kurikulum berpusatkan subjek - kurikulum berpusatkan masalah
Terdapat 4 prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu:
Pembelajaran melalui pengalaman dan• bahan maujud ditekankan. Bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan.•
Pembelajaran hendaklah dijalankan• secara bersepadu. Interaksi• mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.
Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.
Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.
Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan
menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.
Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam
kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan
program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan
menyeluruh.
Minum air dan makan buah selepas 10 minit selesai makan
Membaca doa selepas makan
Kebersihan Penyediaan Makanan di Prasekolah
SEBELUM MEMASAK
- Menggunakan bahan mentah yang segar, bersih dan halal. - Pastikan kuku pendek dan mencuci tangan supaya tangan sentiasa dalam keadaan bersih - Memakai apron - Menutup kepala ( bertudung atau mengikat rambut dengan kemas ) - Pastikan dapur dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan bukan makanan (pencuci lantai). - SEMASA MEMASAK
- Makanan yang hendak dimasak hendaklah di cuci bersih - Peralatan memasak bersih, sesuai dan selamat digunakan ( tidak berkarat ) - Pastikan makanan betul-betul masak. - Elakkan daripada bersih/ batuk dari arah makanan. - SELEPAS MEMASAK
- Buang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. - Bersihkan peralatan memasak yang telah digunakan. - Peralatan disimpan di temapat yang betul. - Menutup makanan selepas memasak sebelum dihidangkan.
KETIKA MENGHIDANG
- Menghidang pada pinggan yang sesuai dan bersih - Meja hidangan tidak kotor - Menggunakan alas meja yang mudah di cuci - Elakkan menggunakan tangan semasa menghidang. - Elakkan menggunakan kain pengelap yang sama untuk mengelap pinggan dan meja.
Makanan Yang Harus Dielakkan Dikalangan Kanak-kanak
i. Makanan ringan disebabkan oleh pewarna tiruan, perasa atau gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan. ii. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa. iii. Makanan dalam tin. iv. Buah-buahan jeruk
Perlu dingatkan bahawa beberapa jenis makanan walaupun dalam kelas makanan tertentu dan memberi tenaga kepada kanak-kanak tidak boleh dimakan pada kadar yang tidak berlebihan, contohnya;
i. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa. ii. Makanan yang berlemak dan berminyak.
Perkara pokok yang ditekankan semasa membuat persediaan makanan untuk kanak-kanak ialah kegemaran mereka. Sia-sia saja kita menyediakan makanan yang mahal-mahal jika kanak-kanak tidak memakannya. Oleh itu menu hendaklah dirancang mengikut kegemaran mereka, tetapi mesti mengambil kira keperluan makan makanan yang seimbang. Untuk memastikan makanan sentiasa segar dan khasiatnya tidak hilang, cara pengendalian yang betul sebelum dimasak penting diamalkan. Semasa membuat persediaan makanan, kita hendaklah utamakan kebersihan pada setiap masa.
Setiap makanan yang dihidangkan untuk kanak-kanak hendaklah bersih dan berkualiti. Segala bahan mentah yang dibeli hendaklah segar. Bahan-bahan seperti timun dan lobak merah yang hendak dimakan mentah harus dibasuh dengan air garam dahulu sebelum dimakan. Amalan ini membantu kita menghapuskan bakteria yang terdapat pada sayuran itu. Kalau dimasak pastikan makanan tidak dimasak terlalu lama sehingga termusnah segala khasiat yang ada.
Alat-alat yang digunakan untuk memasak dan untuk menghidangkan makanan juga perlu bersih. Alat-alat yang tidak mudah berkarat amat sesuai. Pastikan kesemua alat ini dibersihkan dan lebih baik sekiranya kesemua alat ini dijemur di bawah panas matahari sebelum disimpan. Bakteria akan terhapus dibawah panas yang terik ini.
Bahan mentah yang dibeli hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang bertutup rapat atau bahan bungkusan, seperti; ‘Cling film’ supaya makanan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mencegah merebaknya pembiakan bakteria yang boleh membawa penyakit.
PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-
a) Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
b) Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
c) Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
d) Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
e) Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.
f) Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia
Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.
Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.
Pemakanan
Pengenalan
Makan ialah keperluan asasi manusia. Melalui makanan kita dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki di dalam tubuh untuk meneruskan proses kehidupan.
Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini pelajar akan dapat merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak.
Konsep Makanan dan Pemakanan
Makanan biasanya berkait rapat dengan pemakanan. Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.
Makanan yang dimakan itu ditukarkan menjadi bahan pembakar dalam bentuk gula ringkas yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa ini penting untuk membekalkan haba, pembiakan sel dan sumber tenaga. Organ-organ di dalam badan memerlukan makanan yang sesuai untuk menjalankan tugas masing-masing. Selagi makanan yang bermutu dan berkhasiat ini diperoleh, semua organ dalam badan akan memainkan peranan dengan cukup berkesan. Dengan itu juga kesihatan anak-anak di bawah jagaan kita akan terus terjamin dan kekal.
Diketahui umum bahawa kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang adalah cergas, riang dan mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi.
Kandungan
Tujuan guru menekankan konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk:
1.1 Meningkatkan kesihatan kanak-kanak. 1.2 Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat. 1.3 Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif. 1.4 Memelihara adab sopan dan peraturan makan. 1.5 Berpeluang memperoleh bimbangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat. 1.6 Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yangdiberi. 1.7 Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.
Persidangan Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969 ) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang antara lain :
1.1 Pemakanan merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar, sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan.
1.2 Setiap kelas makanan mempunyai fungsi tertentu bagi tumbesaran, perkembangan dan metabolisma tubuh badan.
1.3 Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan.
1.4 Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi dan psikologi kehidupan masyarakat setempat.
1.5 Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeza dari segi kuantiti.
1.6 Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan hidangan. ( John Brewer, 1995 )
Kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.
Bersih bermakna
Bebas dari sebarang kotoran, kuman atau serangga perosak yang boleh mengganggu kesihatan.
Berkeadaan kemas, ceria dan selesa di pandang.
Tiada bau yang kurang menyenangkan
KEBERSIHAN BANGUNAN pRASEKOLAH
5.1 Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah sarap. 5.2 Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang, tumbuhan berduri atau beracun. 5.3 Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang hendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan. 5.4 Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dan di luar bangunan. 5.5 Jika ada kolam atau sebarang takungan air, tempat itu hendaklah dipagar. Jika menggunakan kolam mandi plastik, buangkan air selepas setiap kali digunakan.
AMALAN KEBERSIHAN DI PRASEKOLAH
Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa.
6.1 Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan selepas menggunakan tandas. 6.2 Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan. 6.3 Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga . 6.4 Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. 6.5 Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak. 6.6 Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular. 6.7 Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanakkanak menjalankan aktiviti. 6.8 Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup. 6.9 Bersihkan semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak selepas setiap kali digunakan. 6.10 Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali. 6.11 Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepas setiap kali digunakan 6.12 Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut.